Mr. Ismitz Matthew De Alwis, CEO of Kenanga Investors has shared his views with Utusan Malaysia recently.
Pelabur dinasihatkan bersedia hadapi pasaran saham
turun naik.
Utusan Malaysia - Bisnes (14 September 2015)
KUALA LUMPUR 13 Sept.- Pelabur- pelabur
dinasihatkan agar memperuntukkan
sebahagian kecil portfolio bagi aktiviti jual
beli runcit bagi menghadapi keadaan
pasaran saham yang turun naik ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors
Bhd. (KIB), Ismitz Matthew De Alwis berkata,
para pelabur juga disaran mengambil
pendekatan jangka masa panjang apabila
melakukan pelaburan kerana ia dapat
membantu mereka menangani
ketidaktentuan dan pergolakan pasaran
saham ketika ini.
"
Adalah penting bagi pelabur untuk meletakkan sebahagian besar portfolio dalam dana amanah saham
untuk pelaburan jangka panjang kerana ia diuruskan oleh pengurus dana profesional dan kurang berisiko
jika dibandingkan dengan saham," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Munurut beliau, masalah besar bagi sesetengah pelabur adalah cepat bertindak mengikut emosi dengan
menjual saham untuk terus keluar daripada pasaran.
"
Kita sedia maklum pasaran saham ketika ini kurang kukuh namun jika mereka bertindak secara tergopohgapah
dengan menjual saham-saham mereka, berkemungkinan besar ia akan merugikan.
"Satu daripada prinsip pelaburan ialah untuk membeli saham semasa harga rendah dan menjualnya ketika
harga tinggi dan strategi terbaik pelaburan adalah untuk tidak panik dan selalu berfikiran rasional,"
katanya.
Dalam pada itu Matthew berkata, jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) KIB kini berjumlah RM6.7
bilion yang kebanyakkannya adalah aliran dana baharu.
Beliau berkata, KIB akan terus memberi fokus terhadap inovasi dan pembangunan produk dengan
memperkenalkan beberapa lagi produk baharu antaranya dana patuh syariah.
"Selain itu kami berhasrat untuk menambah satu lagi portfolio, khususnya tiga dana teras Syariah kepada kumpulan dana OnePRS, selaras dengan strategi kami untuk menawarkan pelbagai produk yang memberi manfaat kepada pelanggan," katanya.