Pelan Pendidikan Anak, sudahkah anda?

Friday, 29 January 20160 comments


Harini nak cite sikit, mungkin ramai yang ambil berat pasal masa depan anak tapi tak ramai yang tahu semuanya memerlukan duit. Anak lahir je dah fikir nak hantar anak belajar sana sini tapi pernah ke terfikir kos sana sini tu berapa?
Yang lagi best mak bapak yang tengah bertungkus lumus membayar hutang ptptn sekarang, apa yang anda rasa sekarang? Best ke bayar hutang? Takkan nak biarkan anak – anak kita jadi kes yang sama kot.
Jom start planning dari awal. Anak lahir je dah ada tabung simpanan untuk pelajaran anak – anak kelak. Tak perlu banyak, RM100 sebulan pun ok. Nak lagi cantik letak la RM200 – RM300 sebulan. Share2 la sikit sorang suami isteri buat simpanan.
Buat target simpanan 18 tahun. Kenapa 18 tahun? Kan 18 tahun anak – anak dah lepas sekolah, nak sambung pengajian ke institut pengajian tinggi tu yang rabak poket. Kalu dulu – dulu ada yang jual lembu, jual tanah. Sekarang apa nak dijual? Nak sara hidup pun cukup – cukup makan.
Ok camni caranya:
1. Anak lahir je terus buka satu akaun simpanan. Jangan simpan bawah bantal, tak berkembang. Banyak tempat yang boleh simpan sambil labur. Jangan lebur pulak. Salah satu tempat pelaburan terbaik mesti la di Kenanga Investors...betul tak?
2. Buat target nak dapatkan RM banyak mana lepas 18 tahun nanti. Katakan anda nak ada RM100K, jangan bandingkan dengan kos pendidikan sekarang. Akan datang mungkin lagi tinggi. Untuk dapatkan RM100K, saving yang perlu anda lakukan adalah RM200 sebulan dengan pulangan tahunan 10%. Tak tahu nak simpan kat mana dapat 10%? Pm saya lagi..haha
3. Itiqomah saving RM200 sebulan selama 18 tahun. Part istiqomah ni paling susah. Senang – senang buat je potongan gaji atai potongan akaun bank. Kena ada paksa rela.
Hasilnya anda akan dapat:
Total deposit (18 tahun): RM43,400.00
Total kompoun pulangan(10%): RM72,991.59
Jumlah simpanan keseluruhan: RM116,391.59


Tengok jumlah keseluruhan simpanan anda sekarang adalah RM116,391.59. Tadi kata nak RM100K je kan…selebihnya tu reward diri sendiri la pergi melancong selepas penat menyimpan selama 18 tahun haha.
Kalu anda jenis yang bijak dan licik, korang tak perlu keluarkan pun duit simpanan tu bila anak dah masuk U nanti…apakata ambil dividen 10% tu je untuk bayar yuran tahunan anak anda. Jika 10% daripada RM100K dapat la RM10K. Ambil RM10K buat bayar yuran setiap tahun. Setahun dua semester, satu semester bayar RM5k.
Duit belanja anak guna la duit poket lain untuk bagi. Jangan manjakan sangat anak – anak ni…ajar hidup susah sikit.
Lepas anak habis belajar 4 – 5 tahun…duit RM100K tadi tu boleh guna balik untuk biayai yuran anak – anak yang lain yang dah start masuk U.
Lepas semua anak – anak dah habis belajar apa yang anda dapat?? M100K dalam tangan…anak – anak senang tak perlu bayar ptptn..anda pun ada banyak duit dalam tangan hasil dari simpanan RM200 sebulan selama 18 tahun yang lepas.
Nampak tak permainan dia??? nyum nyum nyum ahahaaa.
Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger