Melabur Untuk Memenuhi Keperluan Jangka Panjang

Friday 11 April 20140 comments

Mengikut kebiasaan, semakin lama pelabur melabur wang mereka di dalam akaun pelaburan, maka makin tinggi pulangan yang diperolehinya. Begitu juga pelaburan dalam Kenanga Investors Berhad, ianya salah satu pelaburan untuk memenuhi keperluan jangka panjang pelabur

Antara tujuan simpanan jangka panjang pelabur adalah termasuk:
  1. Membeli rumah atau bercuti ke luar negeri
  2. Memenuhi kos pendidikan masa depan anak - anak
  3. Untuk melangsungkan majlis besar besaran pada masa akan datang seperti berkahwin
  4. Mengumpul tabung persaraan untuk persaraan yang lebih selesa
Contoh : Pelaburan Tunai Sekali Gus
Selalunya pelaburan tunai scara sakali gus ini bagi mereka yang mempunyai duit lebihan daripada simpanan. Daripada membiarkan wang tersebut terbiar tanpa sebarang manfaat, meletakkan di dalam akaun pelaburan sekurang kurangnya dapat 'membiakkan' duit tersebut dengan hanya goyang kaki dirumah disamping mampu melawan kadar inflasi dan kejatuhan nilai mata wang dari semasa ke semasa.

Contoh jadual dibawah adalah pelaburan sekaligus dengan modal RM10,000.00. Dengan melabur di dalam Unit Amanah Kenanga Investors Berhad, kita mengambil anggaran purata paling rendah untung pulangan tahunan sebanyak 12% setahun,  Jika si pelabur ini baru berusia 30 tahun semasa memulakan pelaburan, lihat lah jumlah yang dia dapat selepas 25 tahun ketika berumur 55 tahun iaitu RM 170,000.00. Sememangnya amat mencukupi untuk persaraan. Tapi jumlah tersebut hanya anggaran 12% setahun, dana - dana di Kenanga Investors Berhad mampu memperolehi keuntungan lebih besar daripada jumlah tersebut setiap tahun dan anda anggarkan lah sendiri berapa yang anda akan dapat jika pulangan lebih besar dari 12% hanya dengan bermodalkan RM10,000.00.



Contoh Kedua : Simpanan Bulanan
Kebiasaannya simpanan bulanan ini dilakukan oleh anak muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Ianya bertujuan untuk mengumpul modal membeli rumah, kereta, atau untuk perkahwinan. Selain itu ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata digalakkan menyimpan secara bulanan untuk masa depan pendidikan anak mereka. Kos yang tinggi untuk memasuki institusi pengajian tinggi amat membebankan, berhutang untuk pendidikan adalah amat tidak digalakkan.

Contoh jadual dibawah adalah menyimpan secara bulanan sebanyak RM100.00 sebulan. Katakan anda ingin membuat simpanan bagi pihak anak anda yang baru berumur 1 tahun bagi tujuan pendidikan akan datang. Sasaran umur anak untuk ke institut pengajian tinggi adalah pada usia anak 18 tahun. Daripada jadual di bawah, simpanan RM100 sebulan untuk tempoh 17 tahun dengan anggaran purata pulangan setahun 12% , anda akan berjaya mengumpul RM 66,792.00. Cukup untuk membiayai yuran pendidikan ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan. Itu jika pulangan 12% setahun, dana - dana di Kenanga Investors Berhad mampu memberi pulangan lebih daripada itu dan anda juga mampu menyimpan bulanan lebih besar dari RM100 sebulan.


Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger