Portfolio Pelabur - Keuntungan 10% kurang dari 3 bulan

Tuesday 3 March 20150 comments

Assalamualaikum.

Entri kali ini ingin saya tunjukkan portfolio salah seorang pelabur yang melabur menggunakan skim kwsp di dalam dana Kenanga Syariah Growth Fund.

Mula masuk melabur pada tarikh 12 Disember 2014 di mana keadaan pasaran Bursa Saham Malaysia berada pada paras kejatuhan paling teruk pada tahun 2014. Siapa sangka, risiko yang diambil utnuk memasuki pelaburan pada ketika itu  amat berbaloi kerana ianya merupakan harga terendah bagi harga per unit dana Kenanga syariah growth fund sebelum kenaikan semula.

Modal permulaan adalah RM2,524.27 dan telah berkembang menjadi RM2,785.62 pada 03 Mar 2015, iaitu keuntungan 10.35% (+RM261.35) hanya dalam masa kurang 3 bulan. Ianya lebih tinggi daripada dividen kwsp pada tahun 2014 yang hanya sebanyak 6.75% dan mengambil masa setahun untuk diperoleh.





Jika di lihat objektif pelaburan ianya melalui skim kwsp dan sudah tentu satu pelaburan untuk jangka masa panjang. Bagi pelaburan jangka masa panjang terutama melalui skim kwsp, nasihat saya tak perlu terlampau fokus kepada keadaan pasaran samaada sedang menaik atau menurun untuk melabur. Lumrah dalam pasaran saham yang bersifat naik dan turun dan amat sukar dijangka. Jika pasaran sedang menurun, lihat ianya sebagai satu peluang untuk mengandakan lagi keuntungan dengan memasuki pada harga perunit yang lebih rendah.

Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger