Mencari dana dengan pulangan yang stabil dan berisiko rendah? memperkenalkan Kenanga AsnitaBond Fund

Wednesday 15 July 20200 comments

Assalamualaikum,

Untuk entri kali ini, saya memperkenalkan satu dana yang agak menarik di Kenanga Investors iaitu dana Kenanga AsnitaBond. Objektif utama dana ini adalah untuk memberikan pulangan yang stabil kepada pelabur dan berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada melabur di dalam deposit tetap bank. Dan semestinya dana ini adalah patuh syariah.

Dana ini termasuk dalam kategori income, iaitu dana yang jenis kurang agresif, profit yang stabil, serta berisiko rendah.

Dana Kenanga AsnitaBond sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan sasaran pulangan purata 5% setahun disamping mengambil risiko kerugian yang rendah. Dana ini fokus kepada pelaburan sukuk dan instrumen pelaburan islam lain seperti Sukuk (bond) Korperat dan Deposit Tunai Islamik jangka pendek.

Jika dikaji, jarang kita lihat mana - mana dana unit trust patuh syariah yang mampu memberi pulangan yang stabil melebihi 5% setahun dengan risiko yang amat rendah . Unit trust konvensional mungkin ada beberapa fund yang mampu memberi pulangan lebih tinggi. Mungkin anda mengatakan banyak dana patuh syariah lain yang memberikan pulangan melebihi 10% setahun, tetapi cuba perhatikan risiko kerugian dana tersebut. Mungkin boleh melebihi -10% setahun. Dana Kenanga AsnitaBond mendapat rate volatility 2.6 (3 tahun) daripada Lipper Analytics. Ini bermakna kemungkinan untuk rugi hanyalah -2.6% sehaja bagi tempoh 3 tahun.


Pulangan Kenanga AsnitaBond Fund untuk tempoh 5 tahun. 
  • 7.50%

    2019
  •  
  • 4.58%

    2018
  •  
  • 4.56%

    2017
  •  
  • 6.17%

    2016
  •  
  • 5.10%

    2015

Kenanga AsnitaBond Fund VS Maybank Islamic Fixed Deposit. (graf sentiasa menaik, stable profit dan low risk)

  • Bagi yang berminat untuk melabur dalam dana Kenanga AsnitaBond, pelaburan boleh di buat secara tunai ataupun melalui skim epf sepertimana perincian dibawah;

Minimum Initial Investment
RM5,000

Minimum Additional Investment

RM1, 000

Entry Fee:
Cash Investment: Up to 5.00% of the NAV per unit
EPF Investment: Up to 1.50% of the NAV per unit 

Annual Management Fee
1.00% p.a. of the Fund’s NAV

Annual Trustee Fee
0.07% p.a. of the Fund’s NAV, subject to a minimum of RM18,000 p.a.

Exit Fee
Nil

Switching Fee
Nil

Sekian.
Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger