Apabila pelabur berjaya membuka akaun pelaburan di Kenanga Investors Berhad sama ada secara tunai atau epf, pelabur akan menerima 'user id' dan juga 'password' secara bersurat untuk membolehkan pelabur mengakses akaun pelaburan mereka di Kenanga secara online.
Untuk akses akaun online, pelabur boleh melayari website Kenanga Investors Berhad iaitu kenangainvestors.com.my. Melalui website tersebut, pelabur dapat melihat pada hujung atas sebelah kanan menu untuk login, sila pilih investor login. Pelabur dikehendaki memasukkan 'user id' berserta 'password' yang telah diberikan oleh pihak Kenanga secara bersurat pada awal pembukaan akaun. Selepas berjaya login, pelabur boleh memantau perkembangan terkini pelaburan mereka melalui menu - menu yang disediakan. Gambarajah dibawah menunjukkan contoh menu untuk My Investment Summary.
Buat masa sekarang, Kenanga Investors Berhad masih lagi dalam proses membangunkan beberapa aplikasi yang membolehkan pelabur melakukan sendiri secara online seperti 'fund switching' dan juga 'cash transfer'. Dengan adanya kemudahan tersebut pada masa akan datang, ianya memudahkan lagi pelabur untuk membuat keputusan sendiri di dalam pelaburan tanpa bergantung sepenuhnya kepada agen dan juga proses keluar masuk wang dalam akaun pelaburan menjadi lebih mudah dan cepat.