Prestasi terkini untung rugi empat (4) dana patuh syariah di Kenanga Investors Berhad.
Kenanga Syariah Growth Fund mencatatkan pulangan paling tinggi di antara 4 dana islamik Kenanga dalam tempoh 5 bulan pertama tahun 2014 dengan keuntungan sebanyak 6.37%. Ianya sejajar dengan pertumbuhan positif pasaran terutama Bursa Malaysia melalui FBM KLCI index yang mencatat kenaikan mata sehingga 1860 daripada 1800 pada awal bulan januari 2014.
Manakala Kenanga Islamic Money Market Fund masih kekal mencatat kerugian sebanyak -0.69% walaupun berlaku pengagihan pada bulan Mar sebanyak 0.23 sen. Dengan kenaikan kadar inflasi kepada 3.5% pada bulan Februari 2014 berbanding tahun lepas 1.4% , ianya adalah paling tinggi semenjak tahun 2011. Permintaan kredit isi rumah yang semakin susut serta keperluan pinjaman perniagaan yang semakin berkurang mempengaruhi kelembapan harga dalam dana Kenanga Islamic Money Market Fund.