Seberapa Baik Kami Menguruskan Risiko Rugi Anda?

Thursday, 23 October 20140 comments

Di dalam pelaburan unit trust, untung dan rugi terpaksa ditanggung oleh pelabur. Kebanyakkan institusi unit trust hanya menceritakan keuntungan untuk menarik pelabur baru melabur di dalam institusi mereka. Tetapi pernahkan mereka menceritakan tentang risiko kerugian dan juga kerugian yang mereka pernah alami sebelum ini?

Sebagai seorang pelabur yang bijak, anda perlu mengetahui perkara tersebut terlebih dahulu. Bertanyalah dahulu kepada institusi unit trust yang hendak dilaburkan, pernahkan ada tahun yang mereka rugi? Jika jawapannya adalah tak pernah, agak meragukan. Hanya ASB sahaja yang mempunyai jaminan kerajaan dimana pelabur takkan rugi dan akan sentiasa mendapat dividen setiap tahun walaupun pasaran jatuh ataupun "crash". Yang paling ketara adalah kejatuhan pada tahun 2008, di mana boleh dikatakan semua unit trust mengalami kerugian pada tahun tersebut termasuk juga dengan Kenanga.

Untuk melihat kecekapan sesuatu institusi Unit Trust, bukan sahaja melihat berapa besar keuntungan setiap tahun yang mereka boleh dapat. Tetapi lihatlah juga seberapa baik mereka boleh mengurangkan risiko kerugian anda jika terdapat kejatuhan pasaran. Dan yang paling penting seberapa pantas mereka boleh memulihkan atau "recover" kadar kerugian yang anda tanggung.

Alhamdulillah, Kenanga Investors Berhad merupakan salah satu Institusi Unit Trust yang mampu menguruskan risiko dengan teramat baik disamping menjana keuntungan yang tinggi. Ini dibuktikan dengan Lipper Rating di mana dana terbaik Kenanga iaitu Kenanga Shariah Growth Fund mendapat rating 5 5 5. Dimana lima (5) adalah rating tertinggi di dalam Lipper, untuk 5 yang petama adalah 'total return', 5 kedua 'preservation', dan yang ketiga adalah 'consistent return'. Untuk pengetahuan, untuk melihat ranking institusi unit trust di Malaysia boleh di lihat di dalam Lipper melalui website http://www.lipperleaders.com. Mereka mengeluarkan pelbagai ranking dan rating untuk keseluruhan institusi unit trust di Malaysia.

Kita lihat gambarajah di bawah, Kenanga Shariah Growth Fund berada pada ranking pertama yang mempunyai kecekapan menguruskan risiko kerugian dalam masa 5 tahun untuk pelaburan ekuiti patuh syariah di Malaysia. Dengan kadar keuntungan keseluruhan paling tinggi 132.08%, kadar kerugian keselurugan juga adalah yang paling rendah iaitu -7.83% dalam masa 5 tahun. Jadi, anda nilailah sendiri institusi unit trust yang terbaik untuk anda laburkan wang anda. Bagi kami, Kenanga adalah yang terbaik!!




Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger