Kenanga Investors Berhad merupakan salah satu unit trust fund manager yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti a.k.a. Securities Commission Malaysia. Selain Kenanga, terdapat sejumlah besar lagi fund manager company yang terdapat di Malaysia. Sehingga ke hari ini, statistik yang dikeluarkan Securities Commision Malaysia merekodkan jumlah syarikat pengurusan unit trust yang berdaftar adalah sebanyak 37 buah termasuk Kenanga Investors Berhad. Senarai penuh boleh dilihat disini List of launched funds in relation to unit trust funds as at 31 August 2014
Sebelum melabur di dalam sesuatu skim pelaburan tak kiralah sama ada ianya pelaburan unit trust ataupun sebagainya, pastikan company tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti bagi memastikan ada tidak tertipu dengan skim pelaburan yang ditawarkan. Suruhanjaya Sekuriti juga boleh dijadikan sebagai tempat mengadu jika syarikat yang berdaftar cuba menyeleweng daripada syarat dan perjanjian.
Jika dilihat daripada jumlah fund manager yang ada di Malaysia, pelbagai pilihan yang boleh dibuat untuk anda melaburkan wang anda. Setiap fund manager mempunyai strategi masing - masing dalam pelaburan bagi memastikan pelabur mendapat keuntungan yang maksimun, mengurangkan risiko kerugian, serta memberi pulangan untuk yang stabil setiap tahun.