Kenanga Fund meneruskan momentum kenaikan

Tuesday, 4 November 20140 comments

Bermula pertengahan Julai 2014 menyaksikan pasaran saham bursa Malaysia mengalami kejatuhan harga yang agak tinggi dan berada pada aliran menurun. Kejatuhan ini bukan hanya berlaku pada KLCI, malah turut melibatkan pasaran global lain seperti Dow Jones. Aliran menurun ini kebanyakkannya terkesan kepada semua stock di bursa Malaysia terutama stok-stok penny.

Pada pertengahan Oktober 2014, KLCI menjunam kepada tahap yang amat kritikal di mana cuba melepasi sokongan 1770 mata selepas berjaya melepasi sokongan pertama pada 1800 mata. Kebimbangan ini akhirnya kembali melegakan selepas KLCI berjaya membuat pantulan kenaikan selepas itu dengan sedikit sahaja penurunan. Ini dikukuhkan lagi dengan sasaran mata KLCI pada penghujung tahun 2014 kepada 1900 mata. Jika dilihat aliran menurun pasaran saham tersebut ianya hanyalah bersifat sementara untuk membetulkan kembali harga pasaran 'correction price' setelah mengalami gerakan kenaikan yang berterusan semenjak awal tahun 2014. Ianya bukanlah fenomena 'market crash' seperti yang pernah berlaku pada 2008.



Bagi pelabur yang bijak, mereka akan melihat kejatuhan ini sebagai satu peluang untuk memasuki pelaburan pada harga yang rendah atau dikenali 'discount price'. Sehingga ke hari ni dana - dana di dalam kenanga unit trust terutama di dalam ekuiti terus menunjukkan aliran menaik seiring dengan kenaikan mata KLCI. Rebutlah peluang ini untuk anda melabur sama ada secara tunai ataupun melalui skim pelaburan epf.
Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger