Bagi pelabur yang baru nak berjinak dengan Kenanga unit trust, Kenanga Investors Berhad menyediakan satu dana yang mempunyai risiko kerugian teramat rendah iaitu Kenanga Islamic Money Market Fund (KIMMF).
Asas pelaburan dana KIMMF adalah 100% di dalam instrumen pasaran wang islam, syariah deposit serta sukuk. Dana KIMMF sesuai bagi mereka yang tidak mahu menangung risiko kerugian yang tinggi dan dalam masa yang sama tidak kisah dengan jumlah keuntungan yang dapat. Jika dilihat daripada rekod prestasi lepas dana ini seperti graf di bawah, kerugian boleh dikatakan hampir tiada setiap tahun tetapi peratus untung adalah agak kecil.
Jadi sekarang, anda tidak perlu takut untuk melabur di Kenanga Investors Berhad kerana tidak semua dana di Kenanga mempunyai risiko kerugian yang tinggi. Apa yang menarik melabur di dalam dana KIMMF, sale charges yang di kenakan adalah 0%. Ya, tiada sales charge dikenakan bagi pelabur yang melabur di dalam dana KIMMF. Dan KIMMF adalah diluluskan oleh KWSP bagi mereka yang ingin melabur melalui skim epf.
Dana KIMMF biasanya digunakan untuk 'switch' bagi dana yang berisiko tinggi bila keadaan pasaran sedang jatuh ataupun tidak stabil. Tindakan switch ini sekaligus mampu menjana keuntungan yang maksimun serta mengurangkan risiko kerugian. Tapi diinggatkan, bagi pelabur yang ingin switch daripada dana yang tiada sales charge kepada dana yang dikenakan sales charge, mereka akan dikenakan sales charge mengikut dana yang hendak diswitch. Tapi bagi pelabur yang dah masuk ke dalam dana yang dikenakan sales charge, switch kepada fund yang tiada sales charge adalah percuma tanpa dikenakan sales charge.