Tahun 2014 telah menyaksikan kedudukan pasaran saham yang agak merumitkan kepada pelabur-pelabur saham tempatan. Keuntungan yang diperolehi pada awal tahun telah diikuti dengan kerugian yang agak besar di penghujung tahun 2014.
Indeks komposit bermula dengan angka 1853 mata pada pembukaan awal tahun 2014 dan berakhir dengan angka 1761 mata pada sesi penutup 2014. Secara keseluruhannya prestasi pasaran saham kita telah merekodkan penguncupan sebanyak 5.3% untuk tahun 2014.
Bermula dengan prestasi yang memberangsangkan diawal tahun, pasaran saham telah melalui fasa menaik sepanjang bulan Januari sehingga bulan Julai.
Malahan indeks komposit telah mencapai kedudukan tertinggi yang mencatitkan 1872 mata dan dijangka akan terus meningkat sehingga keparas 2000 mata oleh para penganalisa saham tempatan.
Namun dengan kejatuhan harga minyak dunia sejak bulan Julai tahun lalu telah mempengaruhi kedudukan Bursa Malaysia yang turut menyusut.
Faktor utama kepada kejatuhan indeks komposit adalah disebabkan oleh kejatuhan harga minyak dunia dan juga harga kelapa sawit yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara.
Kebergantungan ekonomi Malaysia melalui pendapatan dari minyak dan kelapa sawit telah terjejas dari kejatuhan harga kedua-dua komoditi utama negara ini.
Kadar tukaran mata wang asing yang lemah juga telah mempengaruhi sentimen pasaran tempatan di mana pengurus-pengurus dana asing telah menjual pegangan saham mereka secara besar-besaran.
Mereka melakukan perkara ini kerana tidak mahu mengalami kerugian di dalam pelaburan mereka yang memegang dalam bentuk matawang ringgit.
Ketidaktentuan ekonomi dunia juga telah menjadi faktor pendorong kepada kemerosoton prestasi Bursa Malaysia termasuk tragedi nahas kapalterbang yang telah melibatkan syarikat penerbangan Malaysia dan Air Asia. Sentimen pelabur terus dipengaruhi oleh faktor-faktor negatif ini.
Indeks komposit FBMKL telah mengakhiri tahun 2014 sebagai indeks yang paling terjejas di kalangan indeks-indeks pasaran seluruh Asia manakala sebagai perbandingan indeks Shanghai Stock Exchange telah menokok sebanyak 59 peratus di sepanjang tahun 2014.
Kredit to Nazzary Rosli. Executive Director Jupiter Securities