Kenanga Syariah Growth Fund - prestasi 2014

Wednesday, 21 January 20150 comments

Tahun 2014 menyaksikan kejatuhan pasaran Malaysia sekaligus memberi efek kepada dana unit trust yang melibatkan portfolio ekuiti di Malaysia. Walaupun pada awal tahun 2014 menampakkan kenaikan dalam pasaran, tetapi bermula pertengahan tahun pasaran sudah menunjukkan tanda tanda kejatuhan dan berterusan sehingga ke hujung tahun.

Kebanyakkan prestasi dana unit amanah di Malaysia mempunyai rekod prestasi yang kurang memberasangkan pada tahun 2014, begitu juga dengan dana dana ekuiti di Kenanga Investors Berhad. Dana Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF), dana islamik yang mempunyai prestasi paling terbaik di Kenanga juga kerugian sebanyak -1.20% pada tahun 2014. KSGF adalah salah satu dana yang mempunyai ciri "high return" dan "moderate risk", itulah salah satu kelebihan dana KSGF di mana kebanyakkan dana ekuiti lain mempunyai ciri "high return, high risk". Untuk rekod 10 tahun, KSGF masih memegang tempat pertama peratus pulangan paling tinggi berbanding dana ekuiti patuh syariah unit trust lain.


Sememangnya pelaburan di pasaran bursa Malaysia sukar untuk dijangka, naik turun yang tidak dapat diramal. Hanya setelah beberapa minggu kejatuhan barulah keluar kenyataan dan analisis kenapa pasaran lemah dan jatuh. Kejatuhan harga minyak dunia, ringgit yang lemah, pasaran global yang tidak menentu, krisis kuasa kuasa besar, tragedi besar dalam negara, semua itu mempengaruhi kejatuhan pasaran Malaysia bermula pertengahan tahun lepas.

Bagi yang melabur dalam jangka masa sederhana dan panjang, sememangnya jatuh naik ini adalah lumrah dalam pelaburan unit trust. Jangan terlalu mengikut emosi dalam melakukan pelaburan. Jangan sesekali kecewa dikala pasaran jatuh dan anda mengalami kerugian sehingga tiada lagi minat untuk meneruskan pelaburan. Dan jangan pula terlalu teruja apabila melihat keuntungan yang tinggi sehingga lupa setiap yang naik itu pasti akan jatuh. Risiko kerugian tidak dapat dielakkan, tetapi dapat dikurangkan jika mempunyai ilmu dan kemahiran dalam pelaburan.
Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger