Indeks FBM KLCI telah diniagakan berlegar disekitar 1800 mata pada permulaan sesi dagangan minggu lepas. Sentimen positif dari minggu sebelumnya terus mendorong pasaran diurusniaga dalam suasana aktif dimana pelabur tempatan menjangkakan rali tahun baru China akan berterusan.
Malahan indeks telah berjaya memecah paras rintangan psikologi 1800 mata pada sesi dagangan harian sebelum ditutup tinggi pada paras 1803 pada hari Selasa dalam dagangan yang aktif. Kenaikan yang kuat pada minggu sebelumnya adalah disebabkan oleh rali yang kuat dipasaran US dan pengumuman program pembelian bon oleh bank pusat Eropah sebanyak USD1 trilion.
Namun sentimen positif ini tidak dapat dikekalkan apabila indeks Dow Jones turun pada penutup hari Jumaat sebelumnya disebabkan oleh pengumuman keuntungan korperat yang berkurangan oleh syarikat-syarikat senarai awam Amerika menyebabkan sentimen Bursa Malaysia turut menjadi lemah dan telah mempengaruhi prestasi indeks FBM KLCI yang mula diniagakan dibawah paras psikologi 1800 mata pada hari-hari berikutnya.
Seterusnya pasaran-pasaran di Asia juga mula ditutup lemah disebabkan kemenangan parti Syriza dalam pilihanraya di Greece tidak digemari oleh para pelabur dan menyebabkan mereka mula menjual saham dan ini telah menyebabkan indeks FBM KLCI turut ditutup lemah. Prestasi pasaran tempatan terus dipengaruhi oleh sentimen kuat pasaran luar negara terutama oleh prestasi indeks Dow Jones yang terus diniagakan dalam suasana tidak menentu disepanjang minggu lepas.
Kebimbangan pelabur keatas kemungkinan Bank Pusat Amerika menaikkan kadar pinjaman lebih awal dari yang dijangkakan terus mendominasi sentimen pelabur dan membuatkan mereka telah menjual pegangan saham dan mengambil untung. Pasaran Amerika terus menunjukkan prestasi yang tidak menentu sepanjang minggu lepas dimana indeks Dow Jones telah diniagakan dalam keadaan (volatile).
Pasaran tempatan juga terus dibelenggu dengan sentimen harga minyak dunia dan juga kelemahan ringgit Malaysia terutama berbanding dollar Amerika. Harga minyak dunia diniagakan pada sekitar USD45 sepanjang minggu lepas dan mula menunjukkan peningkatan harga pada hari-hari seterusnya dan situasi ini telah memberi sedikit kelegaan kepada pasaran tempatan dimana pelabur telah mula menunjukkan minat belian keatas saham-saham berkaitan minyak dan gas. Pengumuman oleh (Secretary General Opec) bahawa harga minyak dunia mungkin tidak akan turun lagi dan mula naik semula dalam waktu terdekat telah membantu memulihkan sentimen pasaran.
Namun secara keseluruhannya pasaran tempatan telah didomonasi oleh sentimen negatif sepanjang minggu lepas sehingga menyebabkan indeks FBM KLCI telah jatuh sebanyak 21.82 mata atau 1.2% kepada 1781.36 mata berbanding 1803.08 pada penutup minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan mingguan juga telah berkurangan kepada 9.742 billion unit saham bernilai RM11.069 billion yang diniagakan berbanding dengan 11.325 billion unit saham bernilai RM12.383 billion yang diniagakan pada minggu sebelumnya.
Credit to: Nazarry Rosli (Director Jupiter Securities)