Kenanga Syariah Gworth Fund - Prestasi 3 Tahun Terakhir (16/5/13 - 16/5/16)

Tuesday 17 May 20160 comments

Assalamualaikum.

Entri kali ini kita akan melihat sedikit sebanyak berkenaan prestasi bagi dana patuh shariah terbaik di Kenanga Investors Berhad iaitu dana Kenanga Shariah Growth. Tempoh yang diambil kira adalah selama 3 tahun terakhir iaitu bermula dari tarikh 16 Mei 2013 sehingga 16 Mei 2016.

Pertama sekali jom sama - sama kita lihat carta teknikal bagi dana Kenanga Shariah Growth selama 3 tahun yang telah di 'screenshot' daripada website fundsupermart.


Ok, pertama sekali secara kasarnya daripada graf teknikal tersebut apa yang kita dapat lihat adalah satu TREND MENDATAR di mana selama 3 tahun graf tersebut hanya naik turun naik turun pada satu likungan harga yang tak jauh daripada harga 'baseline'. 'Baseline' disini kita boleh ambil pada values = 109 iaitu nilai paling tengah antara garisan merah atas dan bawah pada horizontal line graf. 

Dari sudut peratus Votality (%) selama 3 tahun adalah sebanyak 11.05%. Dari segi bahasa mudah votality ini bermaksud banyak mana turun naik yang boleh berlaku jika kita berada pada baseline 109, ukuran yang kita ambil adalah percent (%). 

Jadi walaupun dalam keadaan trend mendatar, pelabur masih lagi boleh membuat untung sebanyak 11% jika masuk pada harga tengah - tengah. Ataupun bagi yang lebih bijak dan berani mengambil risiko mampu membuat untung 22% iaitu sekali ganda jika mereka masuk pada aras harga paling bawah. Tetapi itulah kebanyakkan pelabur takut untuk masuk bila keadaan pasaran tengah jatuh, sebab itu tak ramai yang mampu untuk masuk pada harga paling bawah kerana fikir ianya terlalu berisiko walaupun yang sebenarnya itu satu peluang.

Begitu juga jika kita mengetahui percent votality, kita dapat menganggar berapa percent yang kita mungkin akan rugi jika masuk pada harga puncak atau harga paling atas. Kita mungkin boleh rugi sehingga -22% jika masuk pada harga puncak dan dana jatuh pada harga paling bawah sepanjang 3 tahun. Dan mungkin boleh rugi -11% jika kita masuk pada harga tengah. Dan mungkin juga kita tak perlu fikir pasal rugi jika dah masuk pada harga paling bawah. Jadi jangan terlalu menggelabah apabila portfolio pelaburan mengalami kerugian lebih kecil dari nilai votality dan cuba ambil peluang untuk masuk harga paling rendah bagi 'average down' nilai pelaburan yang ada sekarang. Terdapat beberapa strategi seperti Dollar Cost Averaging (DCA) untuk menggurangkan kadar kerugian semasa pasaran sedang jatuh.

Selama 3 tahun kebelakangan ini juga, secara purata pulangan pelabur setiap tahun adalah sebanyak 4.14% setahun (annualised returns). Jika dibandingkan dengan pelaburan lain mungkin ianya agak rendah sehingga tak mampu mencapai sehingga 6% - 8% setahun. Ya betul agak rendah sebab itu lah objektif pelaburan yang perlu disetkan apabila kita mengambil keputusan untuk melabur dalam unit amanah (unit trust) adalah untuk pelaburan jangka masa sederhana dan juga panjang ataupun sekurang kurangnya paling minimun 3 tahun. Ini kerana market volatility ataupun turun naik dalam pasaran adalah tidak menentu dan mungkin makan masa berapa tahun itu trend bertukar dari downtrend kepada uptrend.
Apabila trend telah bertukar kepada uptrend, barulah dapat merasa untuk dapat untung 10% - 20% setahun atau mungkin lebih. 

Buat masa sekarang, saya boleh katakan agak selamat untuk masuk dalam dana Kenanga syariah growth kerana trend sekarang adalah mendatar dan menunggu masa untuk kembali menaik. Dalam masa 3 tahun terakhir ini pelabagai krisis yang telah dilalui seperti kejatuhan harga minyak, kejatuhan nilai matawang RM, kejatuhan pasaran global, isu - isu politik tempatan, dan bermacam macam lagi. Krisis telah dilalui, pasaran pun telah banyak jatuh. Jadi apakah seterusnya?? Insyaallah semuanya akan kembali pulih. Kita tak mampu meramal masa depan pasaran adakah akan jatuh atau naik, tetapi kita dapat mengkaji pengerakan yang lepas kerana sejarah mungkin akan berulang. Yang jatuh pasti akan naik kembali dan yang naik tak semestinya takkan jatuh. Faham konsep pelaburan, faham risk & reward, insyaallah kita akan tenang untuk meletakkan duit dalam unit amanah :)

Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger