Prestasi Terkini Dana Kenanga Syariah Growth - 14 September 2016

Saturday 17 September 20160 comments

Assalamualaikum,

Alhamdulillah diberi kesempatan dan ruang untuk saya 'update' blog ini setelah 2 3 bulan tanpa sebarang post terbaru. Ok kali ini kita akan melihat prestasi terkini dana Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF). Kenapa fokus kepada KSGF sahaja? Mungkin ada yang bertanya - tanya sedemikian.

Ok untuk pengetahuan Kenanga Investors mempunyai pelbagai lagi dana lain yang berbeza portfolio dan juga patuh dan tak patuh syariah. Yang pertama saya akan merujuk hanya kepada yang patuh syariah, dan yang kedua saya akan memilih kepada yang paling 'perform' antara dana - dana yang patuh syariah. Antara kedua dua faktor tersebut, dana KSGF memiliki kedua dua nya. Dan sebab itulah pelabur di bawah saya akan dinasihati untuk melabur dalam KSGF walaupun terdapat dana lain yang lebih perform iaitu Kenanga Growth Fund tetapi ianya tidak patuh syariah.

Untuk melihat prestasi terkini, perkara paling senang untuk dilihat dan cara paling saya suka adalah dengan melihat graf. Ye, tak perlu pening nak buat pengiraan dan sebagainya. Dengan graf sekali tengok sahaja kita dah tahu kalau menaik ke kanan itu bermakna ada untung, kalau menurun itu bermakna manyak lugi woh..haha.

Ok, kita akan melihat graf KSGF yang saya screen shot dari web funsupermart dari tempoh hujung tahun 2015 iaitu pada tarikh 31 Disember 2015 sehingga sekarang iaitu pada 14 September 2016. Jadi ini dipanggil graf Year To Date (YTD) yang bermakna prestasi pada tahun 2016 dari awal tahun hingga tarikh terkini.

Apa yang dapat anda lihat pada graf di atas?? Secara kasarnya pada awal bulan januari 2016 graf menjunam, ayat menurum tak boleh pakai sebab degree kebawah terlampau tinggi hingga menjunam haha. Selepas itu pada Februari 2016 graf menaik dan menurun kembali pada pertengahan April 2016. Dan bermula Mei 2016 secara puratanya graf mula mendaki kembali sehingga sekarang september 2016.

Sebelah kiri graf adalah perkara 'value'. Ianya boleh dianggap duit yang kita letakkan dalam dana KSGF. Dan ianya juga boleh digambarkan nilai peratus bagi mereka yang tahu serba sedikit pasal pengiraan matematik dalam pelaburan. Dalam graf diatas 'value' permulaan graf bermula adalah 100, jadi ianya boleh dianggap kita melabur sebanyak rm100 ke dalam KSGF pada awal tahun 2016.

Jadi anda dapat lihat, dengan RM100 pada permulaan awal Januari 1016. Pada bulan Februari 2016 duit anda telah menurun menjadi RM96.00 secara purata, dalam peratus ini bermakna rugi sebanyak -4%. Wow sebulan pertama den melabur dah rugi -4%. Aiyaak, jadi inilah risiko bila melabur dalam unit trust ada turun naik. Sebab itulah para pelabur sebelum join unit trust jangan fikir untuk cepat kaya sebab unit trust adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang sekurang kurangnya 3 tahun ke atas.

Sebulan rugi -4% dah mula gelabah termasuk la saya sendiri kalu terkena macam tu haha, itulah psikologi biasa bagi kebanyakkan manusia bila hilang duit. Kebanyakkan pelabur biasa akan terdetik di hati untuk keluarkan balik duit atau yang cekal sikit akan tengok dulu sebulan dua lagi apa jadi. Bagi pelabur yang tahu mengambil peluang dan mempunyai strategi pelaburan, diorang akan anggap ini peluang untuk menambah pelaburan. Apa tak nya, daripada menunggu kosong -4% untuk naik balik menjadi 0% dalam kata lain untuk ambil balik modal baik masukkan RM100 lagi semasa -4%.

Jom kita buat kira kira sikit. Katakan individu A tak topap, individu B topap pada februari 2016. Total duit si B yang ada sekarang dalam akaun pada februari 2016 adalah sebanyak RM96 + RM100 = RM196.00. Jadi RM196 daripada total modal RM200 jika diubah kepada peratus adalah sebanyak -2%. Tengok, tadinya kita rugi -4% dah menjadi -2% setelah topap RM100 pada bulan Februari 2016.
Bila dana dah perform kembali daripada -4% kepada 0% yang berjaya di capai pada suku bulan September 2016, si A yang tak topap pada februari hanya akan dapat balik modal RM100 dengan untung 0%. Tapi si B yang topap RM100 pada februari 2016 dah dapat untung sebanyak 2% daripada modal RM200 iaitu RM40. Nampak tak permainannya disitu? Nampak tak apa yang si A rugi sepanjang 9 bulan? atas kertas si A tak rugi apa apa selama 9 bulan kerana berjaya dapat balik modal, tapi sebenarnya si A telah rugi satu perkara berharga iaitu MASA. Selama 9 bulan si A melabur tanpa sebarang untung, Sememangnya unit trust adalah pelaburan jangka masa panjang, si A dan si B pun bersetuju dengan penyataan tersebut. Tapi si B telah membuat untung dengan lebih optimun berbanding si A. Dan satu kenyataan yang saya sendiri pun mengakui untuk menjadi macam si B kena lah ada lebihan wang untuk dijadikan modal. Jadi jika tak mampu menjadi macam si B di sebabkan gaji kecil atau kekangan kewangan, jadilah si A yang tahu macam mana strategi si B untuk digunakan pada masa mendatang.

Panjang lebar pulak duk bercerita pasal strategi melabur. Rasanya tak kena dengan tajuk artikel ini. Ok secara kesimpulannya prestasi KSGF untuk tahun 2016 saya boleh katakan harga KSGF sehingga september 2016 masih 'undervalue' walaupun graf dalam keadaan menaik.. Jika dilihat pada graf, sehingga sekarang harga KSGF masih belum mencapai sepertimana harga pembukaan awal tahun 2016. Bagi saya Kenanga Investors tidak akan membiarkan perkara ini berlaku sehingga hujung tahun kerana akan menyebabkan rekod keuntungan tahunan bagi tahun 2016 adalah negatif. Kenanga Investors akan cuba mengekalkan rekod prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun berbanding puluhan fund manager lain yang ada di negara ini. Jadi saya sebagai Kenanga Adviser tidak mengharapkan anda sentiasa topap, ini akan meng kayakan lagi saya. Cukup lah untuk anda faham objektif dan strategi melabur dalam uni trust sebab bila anda faham saya pun tak perlu pening untuk menjawab haha.

Dan saya berbangga jika anda membuat keputusan melabur dalam KSGF kerana KSGF adalah antara dana unit trust patuh syariah yang terbaik di Malaysia. Tak percaya? bukan saya saja - saja kata begitu, ini dari kajian fundsupermart dan mereka yang keluarkan kenyataan itu hehe. klik link ni Recomended unit trust 2016/17


Sekian.
Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger