Prestasi 2016 - Kenanga Syariah Growth Fund

Saturday 7 January 20170 comments

Tahun 2016 telah melabuhkan tirainya seminggu yang lepas semasa post ini dibuat. Boleh dikatakan tahun 2016 adalah tahun yang mencabar dan agak sunyi dari segi prestasi semua unit trust. Majoriti unit trust yang berada di bawah kategori ekuiti terutamanya ekuiti malaysia menutup tirai 2016 dengan prestasi "-"ve. Begitu juga dana kenanga syariah growth fund (KSGF), dana islamik terbaik ini juga tidak mampu melawan arus pasaran yang lemah.

Prestasi untuk tahun 2016 merekodkan dana Kenanga Syariah Growth Fund mengalami kerugian sebanyak -2.29%. 



Merujuk pada graf KSGF dari Januari 2016 hingga Disember 2016, dapat dilihat beberapa sesi turun naik yang agak ketara. Kenaikan yang paling tinggi dapat dilihat pada penghujung Oktober 2016 dan kejatuhan yang paling teruk adalah pada bulan Februari 2016 sehingga -4.7%.

Dalam keadaan pasaran beginilah akan menguji 'holding power' seseorang. Bagi saya masa sekarang adalah kurang sesuai untuk menuai hasil. Masa sekarang adalah masa untuk bertahan dan masa untuk menambah modal melalui teknik 'averaging'. Dapat dilihat pada fund factsheet ksgf yang dikeluarkan setiap bulan (lihat sini Kenanga Syariah Growth Fund Factsheet), kenanga investors sendiri melakukan strategy defensive dengan meletakkan majoriti wang pelabur di dalam sektor yang agak selamat iaitu 'Short Term Islamic Deposits And Cash'. Majoriti pengangan saham juga tertumpu kepada stok yang kurang terkesan pada turun naik pasaran seperti stok Tenaga, Nestle dan Axiata. 

Oleh itu diingatkan sekali lagi, melabur di dalam unit trust adalah bukan satu pelaburan cepat kaya ataupun pelaburan jangka masa singkat. Sememangnya untung agak besar semasa pasaran sedang naik, begitu juga kerugian akan dirasai semasa pasaran lemah. Di harapkan tahun 2017 keadaan pasaran akan lebih baik disamping strategi pelaburan Kenanga yang terbaik untuk memaksimunkan keuntungan dan mengurangkan kerugian.

Sekian

Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger