KIB-IUTA Sistem Berpusat Unit Trust Malaysia

Sunday 12 March 20170 comments

Assalamualaikum...

Disini saya ingin kongsikan satu berita baik kepada saudara dan saudari sekalian. Kenanga Investors Berhad telah melancarkan satu platform yang dikenali sebagai KIB-IUTA di mana para pelabur boleh melabur di dalam Unit Trust yang berlainan Fund Manager di atas satu platform KIB-IUTA. Sistem berpusat ini membolehkan anda melabur di dalam 17 Fund Manager Company yang merangkumi 309 dana buat masa masa sekarang.

Semua proses pelaburan adalah sama seperti anda membuka akaun pelaburan Kenanga Investors Berhad dan juga sama jika anda pergi sendiri kepada fund manager tersebut. Antara fund manager yang boleh anda laburkan di KIB-IUTA termasuklah CIMB-Principal yang terkenal dengan dana CIMB Islamik Dali Equity, Eastspring Investment dengan Dana Al Ilham, RHB Asset Management, Affin Hwang, dan lain - lain lagi seperti senarai di bawah.


Dengan adanya sistem KIB-IUTA ini, portfolio pelaburan boleh dipelbagaikan tanpa perlu fokus kepada dana Kenanga Investors sahaja. Lumrah dalam pasaran, ada kalanya setiap prestasi fund manager akan naik turun bergantung kepada strategi pelaburan masing - masing. Jadi anda kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk meletakkan wang anda di dalam dana - dana unit trust yang terdapat di Malaysia ini di dalam satu platform KIB-IUTA.
Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger