Pelbagaikan Pelaburan Wang KW5P anda

Friday 28 April 20170 comments

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi sedikit ruang masa untuk saya menulis di blog ini.

Tahun 2017 menunjukkan keadaan pasaran saham yang baik di mana kebanyakkan unit trust telah membuat keuntungan di dalam linkungan 5% - 10% untuk quarter pertama 2017. Bagi mereka yang ingin menuai hasil inilah masanya untuk membuat sedikit pengeluaran.

Tetapi kebanyakkan pelabur biasa inilah masanya perasaan yakin untuk melabur di unit trust itu datang. Sebenarnya agak kurang sesuai untuk meletakkan duit dalam unit trust di kala pasaran tengah naik. Faktor untuk terperangkap pada harga belian yang tinggi amat cerah jika berlaku penurunan pada pasaran. Kecuali bagi yang mengamalkan simpanan tetap setiap bulan tanpa mengira harga naik atau turun, teruskan strategi simpanan anda.

Sekali lagi diingatkan bahawa bagi individu yang mempunyai simpanan kw5p, sebahagian simpanan akaun 1 boleh dilaburkan di unit trust yang terpilih. Kebanyakkan individu merasa selesa dengan pulangan yang diberikan kw5p setiap tahun antara 4% - 8%. Tiada sebarang rekod yang menunjukkan pelabur rugi di dalam kw5p.

Tetapi praktis terbaik dalam pelaburan adalah dengan meletakkan wang simpanan pada beberapa tempat pelaburan bagi menambahkan lagi peluang untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.



Rekod menunjukkan pelaburan di unit trust boleh mencecah pulangan tahunan sehingga 20%. Walaupun melabur di unit trust mempunyai untung dan rugi, kebanyakkan unit trust mempunyai sifat untung yang tinggi dan rugi yang rendah. Lihat saja pada dana Kenanga Syariah Growth Fund, rekod 5 tahun yang lepas menyaksikan kerugian hanya pada paras -2% pada tahun 2016 tetapi untung pada paras 20% pada tahun 2013.

Memandangkan simpanan akaun 1 kw5p tidak dapat dikeluarkan untuk sebarang tujuan sehingga usia persaraan, amat disarankan untuk simpanan tersebut dilaburkan dibeberapa tempat seperti unit trust bagi mempelbagaikan pelaburan dan menambahkan lagi peluang untuk mengadakan wang simpanan anda.

Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger