Perbandingan Keuntungan KSGF VS Simpanan Persaraan KW5P

Monday 21 August 20170 comments

Assalamualaikum.

Untuk coretan kali ni saya ingin berkongsi bersama anda satu perbandingan iaitu yang mana lebih untung sama ada mengekalkan duit simpanan di kw5p atau memindahkannya ke akaun unit amanah Kenanga.

Bagi mendapat gambaran secara jelas, jom kita lihat jadual perbandingan di bawah. Jadual tersebut mengambil kira keuntungan % sebenar berdasarkan tempoh 5 tahun yang terdahulu bermula dari 2012 dan berakhir pada 2016. Andaikan modal permulaan anda adalah sebanyak RM1,000.00 dan tiada tambahan/topap seterusnya.


Daripada jadual dapat dilihat dana Kenanga Syariah Growth fund menunjukkan kadar keuntungan yang kurang kosisten, sehinggakan pada suatu masa peratus (%) keuntungan menunjukkan angka negatif. Sebenarnya keadaan begitu adalah perkara biasa bila mana pelaburan anda diletakkan dalam pasaran saham. Lumrah di dalam pasaran saham adanya naik turun harga yang tidak menentu. 

Akan tetapi dengan kecekapan pengurus dana di Kenanga Investors dapat memastikan keuntungan secara maksimun dapat dicapai disamping meminimunkan kerugian. Manakala daripada jadual tersebut kita dapat melihat simpanan persaraan kw5p anda memberikan dividen yang kosisten sepanjang tahun. 

Secara keseluruhan di dalam tempoh 5 tahun tersebut, dana Kenanga Syariah Growth masih mencatat keuntungan yang lebih tinggi dengan total simpanan terkumpul adalah sebanyak RM1,428.41. Anggaran kenaikan keseluruhan bagi Kenanga Syariah Growth fund adalah 42.8%

Manakala Simpanan Persaraan mencatatkan jumlah semasa pada tahun 2016 sebanyak RM1,355.232 dengan anggaran kenaikan sepanjang 5 tahun adalah sebanyak 35.5%.

Daripada perbandingan tersebut jelas menunjukkan pelaburan di unit trust Kenanga Investors dapat memberikan lebih keuntungan sebanyak 7.5% (42.8% - 35.5%). Jadi terpulang pada anda untuk memilih samaada untuk bersara dengan duit yang berkepul atau sekadar cukup makan sahaja.

Sekian,



Share this article :

Unit Trust Malaysia

 
Copyright © 2018. Kenanga Unit trust | Pelaburan Tunai Dan Skim Kwsp Terbaik - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger